Sinar Harian, 5 Januari 2014
Bertemu selepas 27 tahun
PASIR PUTEH - Kejayaan menghimpunkan ramai bekas pelajar Sekolah
Menengah Kebangsaan Bukit Jawa (SMKBJ) dalam program di sini, baru-baru
ini, mendorong Kelab Alumni SMKBJ untuk merancang pertemuan lebih besar
dan meriah.
Penyelaras program, Kamarudin Daud berkata, kejayaan menghimpunkan
ramai bekas pelajar sekolah tersebut di Bukit Tanah, Selising, di sini,
selepas 27 tahun terpisah cukup bermakna dan berjaya merapatkan semula
hubungan antara mereka.
Menurutnya, kelab berkenaan merancang untuk mengadakan beberapa program
sepanjang tahun 2014 bagi memastikan alumni sentiasa bertemu muka dan
ikatan yang kembali terjalin berkekalan.
"Perjumpaan besar-besaran akan diadakan pada hari raya ketiga tahun ini
di Dewan Gemilang SMKBJ. Saya harap lebih ramai bekas pelajar
menghadirinya.
"Kelab Alumni SMKBJ juga menjangkakan lebih ramai alumni menghadiri
majlis itu nanti kerana jemputan mengenainya sudah mula diedarkan kepada
ahli," katanya.
Bercakap mengenai pertemuan yang diadakan, Kamarudin berkata, kejayaan
menghimpunkan bekas pelajar sekolah tersebut adalah hasil komitmen
tinggi beberapa orang mengesan rakan-rakan melalui laman sosial.
Katanya, kehadiran alumni bersama keluarga masing-masing menjadikan
kelab itu semakin kukuh dan dianggap sebagai satu keluarga besar.
“Tindakan sesetengah orang daripada kita berusaha merapatkan semula
perhubungan wajar dipuji kerana ia menepati suruhan ALLAH agar
menjalinkan silaturahim.
"Bekas pelajar SMKBJ diminta memberikan maklumat diri ke e-mel
kamarudin.daud@yahoo.com atau menghubungi talian 019-243 9886,” katanya
sebelum menyampaikan pelbagai hadiah menarik untuk slot cabutan bertuah.
Program dimeriahkan dengan kehadiran Adun Selising, Zulkifle Ali yang
menyifatkan pertemuan itu sebagai peristiwa bersejarah selepas
masing-masing membawa haluan sendiri setelah menamatkan persekolahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan