Sila daftar nama di sini.

Ahad, 23 Februari 2014

Sinar Harian, 5 Januari 2014
Bertemu selepas 27 tahun 



PASIR PUTEH - Kejayaan menghimpunkan ramai bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jawa (SMKBJ) dalam program di sini, baru-baru ini, mendorong Kelab Alumni SMKBJ untuk merancang pertemuan lebih besar dan meriah.

Penyelaras program, Kamarudin Daud berkata, kejayaan menghimpunkan ramai bekas pelajar sekolah tersebut di Bukit Tanah, Selising, di sini, selepas 27 tahun terpisah cukup bermakna dan berjaya merapatkan semula hubungan antara mereka.
Menurutnya, kelab berkenaan merancang untuk mengadakan beberapa program sepanjang tahun 2014 bagi memastikan alumni sentiasa bertemu muka dan ikatan yang kembali terjalin berkekalan.

"Perjumpaan besar-besaran akan diadakan pada hari raya ketiga tahun ini di Dewan Gemilang SMKBJ. Saya harap lebih ramai bekas pelajar menghadirinya.
"Kelab Alumni SMKBJ juga menjangkakan lebih ramai alumni menghadiri majlis itu nanti kerana jemputan mengenainya sudah mula diedarkan kepada ahli," katanya.

Bercakap mengenai pertemuan yang diadakan, Kamarudin berkata, kejayaan menghimpunkan bekas pelajar sekolah tersebut adalah hasil komitmen tinggi beberapa orang mengesan rakan-rakan melalui laman sosial.

Katanya, kehadiran alumni bersama keluarga masing-masing menjadikan kelab itu semakin kukuh dan dianggap sebagai satu keluarga besar.

“Tindakan sesetengah orang daripada kita berusaha merapatkan semula perhubungan wajar dipuji kerana ia menepati suruhan ALLAH agar menjalinkan silaturahim.

"Bekas pelajar SMKBJ diminta memberikan maklumat diri ke e-mel kamarudin.daud@yahoo.com atau menghubungi talian 019-243 9886,” katanya sebelum menyampaikan pelbagai hadiah menarik untuk slot cabutan bertuah.

Program dimeriahkan dengan kehadiran Adun Selising, Zulkifle Ali yang menyifatkan pertemuan itu sebagai peristiwa bersejarah selepas masing-masing membawa haluan sendiri setelah menamatkan persekolahan.

Smbj 83



 
pengawas sesi petang 1983
Sebarang cadangan untuk di masukkan dalam blog ini di alu-alukan. perlu pencerapan ahli-ahli....
Selamat datang pada ahli alumni smkbj....boleh daftar walaupun dah bagi nama. Kita key in balik supaya di simpan dalam pengkalan data Alumni SMK BJ